Ya Allah,tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba-Mu yang soleh serta berada di kalangan auliya.
Ya Allah,janganlah aku dihina kerana keburukanku & janganlah menyeksaku dengan balasan-Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan-Mu...
Ya Allah,bukakan bagiku pintu2 jannah & tutupkan bagiku pintu2 an-nar. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat2 suci Al-Quran.
Ya Allah,berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak2 yatim, memberi makanan,penyebar salam,dan bergaul dengan mulia,dengan kemulian-Mu.
Ya Allah,sediakan bagiku sebahagian daripada keluasan rahmat-Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-Mu, bimbinglah aku menuju keredhaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu.
Ya Allah,penuhkan hidupku dengan amalan dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan,wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang yang meminta.
Ya Allah,hiasilah aku dengan rahmat-Mu & berikanlah aku petunjuk-mu. Bersihkan hatiku dengan fitnah,wahai pengasih kepada hamba yang beriman.
Ya Allah,bersihkan diriku daripada kehinaan,berilah kesabaran kepadaku untuk menerima segala ketentuan,berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa..
Ya Allah,jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang kulakukan. Ampunkan aku, Lindungilah perjalanan pulangku. Janganlah kau jadikan diriku sasaran malapetaka..
AMIN...Ya rabbal alamin
0 comments:
Post a Comment